Saturday, 12 December 2015

Aiskrim Kelapa

This week agak penat sikit sebab tolong kakak pindah rumah (walau pun tak buat ape sangat pun). So macam biasalah, tolong lah ape yang patut, memandangkan keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan, i punya part cuma mengemas. My sis pindah selang dua biji rumah dari my house, so semalam sempat jugaklah lari-lari kejap ke dapur untuk buat Ais Krim Kelapa ni. 



Resepi asal dapat dari my fav Bloger, Sis Azlita dari blog Masam Manis. Mula- mula tak terfikir pun nak buat ais krim ni sebab rata-rata resepinya agak rumit, but bila tengok resepi dari sis Azlita ni agak mudah.



Bahan-bahan mudah didapati dipasaran dan cara pembuatan pun tak lah susah sangat. Cuma yang mencabar sikit part menunggu ais krim kita untuk dimakan, mau taunye, kena dibekukan semalaman baru boleh dimakan, sampai mimpi-mimpi malam tadi makan ais krim kelapa ni. Jom try buat ais krim ni.



Ais Krim Kelapa

1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa (guna tin susu tadi)
2 sb santan pekat
1 sk ovellete
1 helai daun pandan
Isi kelapa muda


Masukan susu pekat, air kelapa dan daun pandan ke dalam periuk dan didihkan. Bila dah mendidih tutup api dan masukan santan, kacau rata dan biarkan adunan sejuk.



  Susu pekat, air kelapa dan daun pandan (smpai terbuka simpulan kemesraan pandan ak)


Bila adunan dan sejuk, keluarkan daun pandan dan masukan adunan ke dalam mixer. Masukan isi kelapa dan putar sebentar, masukan adunan tadi kedalam peti sejuk dibahagian beku (biar adunan dalam kebas pengadun, sebab nanti kita nk putar lagi adunan ni) selama 4 jam.

Setelah 4jam didalam peti sejuk, keluarkan dan masukan ovellete ke dalam adunan. Sis Azlita kata ovellete ni tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellete ni aiskrim kita teksturnya mcm aiskrim Malaysia. So sambung balik, kita pukul adunan ikut citarasa kita, kalau kita suka aiskrim yang agak berat, kita pukul kejap sahaja, kalau kita suka aiskrim yang ringan, kita pukul bancuhan ni lama sikit sampai dia kembang dua atau tiga kali ganda.

Selesai proses tadi bolehlah tuang bancuhan kedalam bekas yang sesuai, macam i, i guna bekas aiskrim lama. Simpan adunan aiskrim tadi ke dalam peti sejuk dibahagian beku semalaman, ni lah proses paling lama dan menyeksa nafsu makan ku. Selamat mencuba ollzz..



                                       Tak rugi mencuba, tak cuba tak tau rasanya


1 comment:

  1. kenapa ek saya simpan dalam peti dan bekas bhagian bawah tu macam susu pekat x disolve dgn yg lain ?/

    ReplyDelete