Friday, 25 December 2015

Hot Plate Black Pepper Chicken Chop

Hohoho... Merry Christmas buat kawan-kawan i yang menyambut perayaan yang penuh dengan warna warni nie. To day i rase extra excited nak masak sebab to day is my birthday, so no cake but i ade chicken chop.. hihihhi... tuka versi lah pulakan.. dok potong cake jew, badan pun dah macam cake enam tingkat.


Ok kita bercakap tentang resepi ni pulak yew, sejujurnya untuk resepi ni, i mengelat sikit sebab i guna bahan perapan yang ade jual dipasaran, i pernah guna jenama ni dan sangat-sangat puas hati dengan hasilnya.

Produk ni boleh didapati di Ramly Halal Mart, sebelum ni pun i penah guna untuk ayam bakar, satu botol ni memang cukup untuk seekor ayam. Tak pasti produk Aunty Ma's ni ade kat pasaraya besar ke tidak, i memang jumpe produk ni kat kedai Ramly ni jew.



Satu botol cukup untuk satu ekor ayam saiz sederhana, Kalau ayam saiz ni proses memasak dalam 60 ke 80 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 180c. Proses pemerapan sebaik-baiknya semalaman supaya ayam kita betul-betul sebati dengan bahan pemerap tadi.
Terdapat 3 perasa kalau tak silap yang macam i guna Hot Steak Sauce, ada Honey Steak Sauce dan Classic Steak Sauce. Untuk ayam yang telah siap di debone, korang boleh ke NSK.










Hot Plate Black Pepper Chicken Chop

Untuk Ayam korang kena ada

3-4 ketul Whole Lage ayam yang telah di debone (buang tulang)
1 botol Steak Sause (terpulang perisa apa)

Basuh ayam dengan bersih, terpulang pada korang nak buang kulit atau tidak, pada yang nak bakar dengan kulit, i shorkan trim kulit ayam dengan kemas supaya cantik dipandang mata bila ayam kita dah siap nanti. Selepas ayam telah siap dibasuh, toskan dan keringkan dengan mengelap menggunakan kitchen towel, cucuk dengan garfu di kedua-dua belah ayam tadi supaya bahan pemerap dapat masuk hinga kedalam isi ayam. Masukan ayam ke dalam zip lock bag atau mangkuk dan tuangkan Steak Sause tadi. I lebih suka menggunakan zip lock bag sebab bahan pemeram betul2 melekat pada ayam. Perap selama 4 jam atau semalaman. Setelah siap diperap, bolehlah dibakar didalam oven dengan suhu 180c selama 15 minit, jika ayam belum betul-betul masak, tambahkan lagi 10 minit.





Black Pepper Souce

2sb Butter
1 labu Bawang Holland (dicincang halus)
2sb Lada Hitam (ditumbuk kasar)
4sb Tepung Gandum (tak nak kembung, nak serata dengan sudu)
2-3cwn Air
1 Kiub Ayam
2sb Kicap Pekat Manis
2sb Sos Tiram
4sb Sos Lada Hitam

Cairkan butter dan masukan bawang, cukup sekadar naik bau dan masukan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi, tumiskan seketika. Masukan tepung dan kacau, adunan akan mula kering dan melekat, masukan air dan teruskan mengacau sehinga tiada tepung yang bergentel. Selepas bancuhan tadi cantik dan sedikit pekat, masukan kiub ayam, kicap pekat, sos tiram dan sos lada hitam, masak atas atas api sederhana, kalau bancuhan agak terang, korang boleh tambah kicap pekat untuk menggelapkan souce kita nie. Setelah menggelegak, tutup api dan sedia dihidangkan dengan ayam yang telah diap dibakar tadi.





Kalau korang ade hot plate, boleh lah letak chicken chop korang, telak hot plate atas daput dengan api paling besar, letak ayam yang siap dibakar dan tuangkan souce diatas ayam tadi, merenek-renek bunyi soucenye.. Try ok..

Monday, 21 December 2015

Green Tea Popsicle

Sabtu dan ahad lepas memang agak sibuk, macam-macam plan yang ade dalam otak ni, tapi yang dapat buat cuma dua tiga plan jew pun. Sabtu lepas plan terbesar (tak de lah besar mana pun) nak ke Sunway Putra Mall, nak cari barang sikit dan lepaskan hajat anak buah i sorang ni, dah berminggu berjanji nak bawak dia ke Sunway Putra tapi ade je masalah, so memandangkan cuti sekolah pun tingal berbaki beberapa mingu jew, rangkullah dia ke Sunway Putra nie. Sampai jew Sunway Putra, destinasi WAJIB adalah DAISO. Bukan nak kata ape lah kan, setiap item cuma RM 5.30 (dulu RM 5 jew wey) mau tak gilanya.

                                       
                                   di tingkat LG kalau tak silap (gambar dari internet)


Tapi bila dipikirkan balik, kalau satu barang pun dah RM 5.30, kalau 5 item dah berapakan, so memang kena kawal "nafsu" membeli belah korang kalau ke sini. Di kitchen section lah i terjumpe bekas aiskrim ni, tu yang tetiba rasa nak buat green tea popsicle tu. Ok, jom lah  kita buat green tea popsicle, penat lak cerita tentang DAISO ni..






GREEN TEA POPSICLE

4 sb Green Tea
1/4 cwn Susu Pekat
1/4 cwn Susu Cair
2sb Gula Pasir
2 cwn Air Panas (air rendaman teh)
2 cwn Air Suam





                                                inilah green tea yang i guna


Rendam tea dengan 2 cawan air panas selama 5 minit, tapis tea yang direndam dan masukan kedalam jug. Masukan susu pekat, susu cair dan gula kedalam jug yang berisi tea tadi dan kacau hingga gula larut.

Masukan 2 cawan air suam ke dalam jug tadi dan gaul sebati, so kalau korang nak manis lagi, korang boleh tambahkan gula. Setelah kita dapat rasa tea yang kita suka, tuangkan tea tadi ke dalam belas aiskrim, jangan penuh sangat, agak-agak jew.



                                    Tuang agak-agak nak penuh jew ollzz..

Selalunya bekas ni disediakan batangnya sekali, tapi i tak bape suka dengan warnanye, so i tuka kepada batang aiskrim kayu, memang mustahil untuk bagi batang aiskrim kayu tu berdiri tegak dalam belas aiskrim tu, so korang ambil alumunium foil dan tutup dibahgian atas acuan aiskrim tu dan cucuk batang aiskrim kayu di tengah-tengah acuan.



                            inilah hasilnya selepas ditutup dengan alumunium fiol


Selepas selesai semua, bolehlah masukan kedalam peti sejuk dibahagian beku semalaman. Sure tak sabar nak tungu esokkan, memang pun, i pun macam tu, teruja lah katakan, tapi bila pikir balik, aiskrim jew pun huhuhuh... So korang bolehlah try yew, senang jew nie, tapi ape-ape hal pun korang kena carilah green tea dulu. 


                                 
                                       Selamat mencuba yew korang

         

Saturday, 12 December 2015

Aiskrim Kelapa

This week agak penat sikit sebab tolong kakak pindah rumah (walau pun tak buat ape sangat pun). So macam biasalah, tolong lah ape yang patut, memandangkan keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan, i punya part cuma mengemas. My sis pindah selang dua biji rumah dari my house, so semalam sempat jugaklah lari-lari kejap ke dapur untuk buat Ais Krim Kelapa ni. 



Resepi asal dapat dari my fav Bloger, Sis Azlita dari blog Masam Manis. Mula- mula tak terfikir pun nak buat ais krim ni sebab rata-rata resepinya agak rumit, but bila tengok resepi dari sis Azlita ni agak mudah.



Bahan-bahan mudah didapati dipasaran dan cara pembuatan pun tak lah susah sangat. Cuma yang mencabar sikit part menunggu ais krim kita untuk dimakan, mau taunye, kena dibekukan semalaman baru boleh dimakan, sampai mimpi-mimpi malam tadi makan ais krim kelapa ni. Jom try buat ais krim ni.



Ais Krim Kelapa

1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa (guna tin susu tadi)
2 sb santan pekat
1 sk ovellete
1 helai daun pandan
Isi kelapa muda


Masukan susu pekat, air kelapa dan daun pandan ke dalam periuk dan didihkan. Bila dah mendidih tutup api dan masukan santan, kacau rata dan biarkan adunan sejuk.



  Susu pekat, air kelapa dan daun pandan (smpai terbuka simpulan kemesraan pandan ak)


Bila adunan dan sejuk, keluarkan daun pandan dan masukan adunan ke dalam mixer. Masukan isi kelapa dan putar sebentar, masukan adunan tadi kedalam peti sejuk dibahagian beku (biar adunan dalam kebas pengadun, sebab nanti kita nk putar lagi adunan ni) selama 4 jam.

Setelah 4jam didalam peti sejuk, keluarkan dan masukan ovellete ke dalam adunan. Sis Azlita kata ovellete ni tujuannya untuk bagi aiskrim kita ringan dan gebu, kalau tak letak ovellete ni aiskrim kita teksturnya mcm aiskrim Malaysia. So sambung balik, kita pukul adunan ikut citarasa kita, kalau kita suka aiskrim yang agak berat, kita pukul kejap sahaja, kalau kita suka aiskrim yang ringan, kita pukul bancuhan ni lama sikit sampai dia kembang dua atau tiga kali ganda.

Selesai proses tadi bolehlah tuang bancuhan kedalam bekas yang sesuai, macam i, i guna bekas aiskrim lama. Simpan adunan aiskrim tadi ke dalam peti sejuk dibahagian beku semalaman, ni lah proses paling lama dan menyeksa nafsu makan ku. Selamat mencuba ollzz..



                                       Tak rugi mencuba, tak cuba tak tau rasanya


Sunday, 6 December 2015

Caramel Popcorn

Siapa yang tak sukakan pop corn ? tipulah kalau ada yang tak sukakan pop corn, melainkan mereka yang ada bad history tentang si manis yang comel nie. Kalau mengadap depan TV, satu balang besar pun boleh habis, tak guna cakap banyak, jom try buat pop corn caramel. Sure jatuh cinta si comel nie.


Caramel Pop Corn


                                                             Bertih Jagung






CARAMEL POPCORN

Bahan untuk popcorn

1sb         Butter
1sb         Minyak sayur
90g        Bertih jagung
1 cmca   Garam


Bahan untuk Caramel

100ml    Air
210g      Gula Caster
1sb        Butter



Cara-cara


  • Untuk popcorn, korang kena masukan butter, garam dan  minyak ke dalam periuk besar, setelah minyak agak panas, bolehlah masukan bertih jagung, pada sape-sape yang tak tau bertih jagung, boleh rujuk gambar diatas. Api pastikan sederhana, jangan terlalu kuat, nanti popcorn korang hangit.
  • Proses ini tidak mengambil masa yang lama, kerna jika minyak betul panas, bertih jagung korang cepat "pop". Bila dia dah mula "pop", gunakan penutup periuk supaya popcorn tadi tidak terkeluar dari periuk. Setelah bunyi "pop" mula berkurangan, korang boleh lh "shake-shake' periuk korang, mana tau ade lagi bertih jagung yang tak bertuka wajah lagi. So selesai proses nak menge"pop" bertih jagung. so jom wat caramel pulak.
  • So, untuk caramel, masukan air dan gula, korang kena pndai kawal api, kalau terlalu kuat, gula akan over kehangusannya, kalau terlalu kecil, korang akan dapat warna perang yang "kurang" cantik. 
  • Jangan pergi jauh dari periuk, sebab proses nak perangkan gula nie tak ambil masa yang lama, so jangan gatal-gatal masa tu jugak lah korang nk tuka chenel redio lah, nak ke tandas lah, tengok dan pastikan gula tadi bertuka warna, warna yang sesuai seakan ember colour.
  • Tutup api dan masukan butter, kacau dengan perlahan, hati-hati bila mengacau, gula panas wey, kalau terkena sure serik korang nak wat caramel nie. Setelah bancuhan caramel tadi sebati,tuangkan caramel ke atas popcorn dan gaul cepat, pandai-pandai lah korang nak gaul guna ape, yang panting jangan guna tangan, sebab gula masih panas. 
  • Setelah selesai menggaul, korang tuangkan popcorn tadi keatas dulang besar, biarkan dalam 5-7mnt, caramel tadi akan mengeras dan menyelaputi popcorn tadi. Bila dah sejuk, korang boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat antara satu sama lain. Simpan didalam bekas kedap udara.