Hohoho... Merry Christmas buat kawan-kawan i yang menyambut perayaan yang penuh dengan warna warni nie. To day i rase extra excited nak masak sebab to day is my birthday, so no cake but i ade chicken chop.. hihihhi... tuka versi lah pulakan.. dok potong cake jew, badan pun dah macam cake enam tingkat.
Ok kita bercakap tentang resepi ni pulak yew, sejujurnya untuk resepi ni, i mengelat sikit sebab i guna bahan perapan yang ade jual dipasaran, i pernah guna jenama ni dan sangat-sangat puas hati dengan hasilnya.
Produk ni boleh didapati di Ramly Halal Mart, sebelum ni pun i penah guna untuk ayam bakar, satu botol ni memang cukup untuk seekor ayam. Tak pasti produk Aunty Ma's ni ade kat pasaraya besar ke tidak, i memang jumpe produk ni kat kedai Ramly ni jew.
Satu botol cukup untuk satu ekor ayam saiz sederhana, Kalau ayam saiz ni proses memasak dalam 60 ke 80 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 180c. Proses pemerapan sebaik-baiknya semalaman supaya ayam kita betul-betul sebati dengan bahan pemerap tadi.
Terdapat 3 perasa kalau tak silap yang macam i guna Hot Steak Sauce, ada Honey Steak Sauce dan Classic Steak Sauce. Untuk ayam yang telah siap di debone, korang boleh ke NSK.
Hot Plate Black Pepper Chicken Chop
Untuk Ayam korang kena ada
3-4 ketul Whole Lage ayam yang telah di debone (buang tulang)
1 botol Steak Sause (terpulang perisa apa)
Basuh ayam dengan bersih, terpulang pada korang nak buang kulit atau tidak, pada yang nak bakar dengan kulit, i shorkan trim kulit ayam dengan kemas supaya cantik dipandang mata bila ayam kita dah siap nanti. Selepas ayam telah siap dibasuh, toskan dan keringkan dengan mengelap menggunakan kitchen towel, cucuk dengan garfu di kedua-dua belah ayam tadi supaya bahan pemerap dapat masuk hinga kedalam isi ayam. Masukan ayam ke dalam zip lock bag atau mangkuk dan tuangkan Steak Sause tadi. I lebih suka menggunakan zip lock bag sebab bahan pemeram betul2 melekat pada ayam. Perap selama 4 jam atau semalaman. Setelah siap diperap, bolehlah dibakar didalam oven dengan suhu 180c selama 15 minit, jika ayam belum betul-betul masak, tambahkan lagi 10 minit.
Black Pepper Souce
2sb Butter
1 labu Bawang Holland (dicincang halus)
2sb Lada Hitam (ditumbuk kasar)
4sb Tepung Gandum (tak nak kembung, nak serata dengan sudu)
2-3cwn Air
1 Kiub Ayam
2sb Kicap Pekat Manis
2sb Sos Tiram
4sb Sos Lada Hitam
Cairkan butter dan masukan bawang, cukup sekadar naik bau dan masukan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi, tumiskan seketika. Masukan tepung dan kacau, adunan akan mula kering dan melekat, masukan air dan teruskan mengacau sehinga tiada tepung yang bergentel. Selepas bancuhan tadi cantik dan sedikit pekat, masukan kiub ayam, kicap pekat, sos tiram dan sos lada hitam, masak atas atas api sederhana, kalau bancuhan agak terang, korang boleh tambah kicap pekat untuk menggelapkan souce kita nie. Setelah menggelegak, tutup api dan sedia dihidangkan dengan ayam yang telah diap dibakar tadi.
Kalau korang ade hot plate, boleh lah letak chicken chop korang, telak hot plate atas daput dengan api paling besar, letak ayam yang siap dibakar dan tuangkan souce diatas ayam tadi, merenek-renek bunyi soucenye.. Try ok..