Thursday, 11 February 2016

Simple Curry Crab With Egg



 Simple Curry Crab With Egg

Ketam                                 3-4 ekor
Rempah Kari Ayam           1 pek kecil (jangan bancuh dengan air)
Bawang Merah                   1 biji (sedang)
Bawang Putih                     5 ulas
Daun Ketumbar                  1 ikat kecil
Telur Ayam                        1 biji
Bawang Holand                 1 biji (potong dadu kasar)       
Garam                                 secukup rasa
Minyak Untuk Menumis    secukupnya


Basuh ketam dan ketuk sedikit supaya rempah kari nanti mudah meresap kedalam isi ketam. Hiris bawang besar dan putih kemudian tumis hinga naik bau. Bila bawang dah naik bau masukan rempah kari dan kacau supaya tidak hangit, masak beberapa saat. Lupa nak cakap, masakan ni genggunakan minyak yang agak banyak sebab masakan ini tidak berkuah dan minyak tu jugalah nanti untuk menggaringkan rempah kari dan telur kita nanti, so masa korang dah bubuh rempah kari, kalau kurang minyak, korang boleh tambah minyak supaya rempah dimasak sempurna.





Ok, lepas rempah kari korang dah masak sempurna, korang masukan telur dan kacau cepat-cepat sebab kita tak nak telur tu jadi telur mata dalam rempah kari kita tadi. Lepas telur dah cantik masak, masukan ketam dan gaul rata, biarkan sekejap dengan api sederhana. Masa ni sure korang dah tak sabar nak makan, bau dia, aduhh makk.. Akhir sekali masukan daun ketumbar yang di potong kasar dan bawang holand, gaul rata. Siap untuk dihidang.





Sunday, 7 February 2016

Air Soda Herbs

Baru-baru ni kat opis ade buat makan-makan, then one of my friends dia kena buat air, panjat "adik" tengok serai dipotong untuk buat air, secara automatiknya i teringat cerita pendeka dulu-dulu minum air serai. Tapi u oll, punyalah sedap smpai i dok berulang minum. I dah mintak permission untuk i kongsikan resepi dia kat blog, so ape lagi.. let's try guys..




Air Soda Herbs

Air Aiskrim Soda  1 botol besar
Serai                      5 batang
Lemon                   2 biji
Asamboi (masin)   5-8 ketul
Daun Pudina          10-15 helai


Potong lebihan serai di bahagian atas dan titik (ketuk) dipangkalnya dan ketepikan, basuh dan potong lemon nipis2 dan ketepikan. Kalau korang nak buat agak banyak, korang boleh bancuh air gula dan campur dalam air aiskrim soda supaya sedikit manis, so ramai boleh minum.




Ok sekarang sediakan bekas air korang dan masukan air aiskrim soda, serai yang dititik tadi dan lemon, gaul rata. Kemudian masukan asamboi dan daun pudian dan gaul, pada yang suka sejuk, boleh masukan ais batu. Siap. Serius memang segar betul rasanya.



Bahan-bahan pun mudah nak cari, so jom try !!!




Selamat mencuba oll


Aiskrim Coklat

Sorry guy's lama tak update, nahh i bagi new recipe untuk u oll try kat rumah..





Aiskrim Coklat

Susu Cair  1 tin
Susu Pekat 1/4 tin
Milo  2 sb
Ovalette  2sb

Masukan semua adunan kedalam mixer dan pukul hinga naik sekali ganda.
Memang agak lambat, mula-mula i buat pun macam tak yakin dengan resepi ni, tapi lepas dah jadi memang puas hati. Korang boleh campur mini chocolate chip or chocolate rice kat dalam adunan masa last sekali. Boleh diletak dalam bekas aiskrim macam dalam gambar tu atau korang boleh letak dalam satu bekas sahaja. Sejukan semalaman, esoknya korang boleh menikmati sambil pejam-pejam mata..

Musim-musim el nino nie memang kena sejukan badan
                                             






Dikongsi oleh Pn Noor Azlinda Ibrahim.