Thursday, 11 February 2016

Simple Curry Crab With Egg



 Simple Curry Crab With Egg

Ketam                                 3-4 ekor
Rempah Kari Ayam           1 pek kecil (jangan bancuh dengan air)
Bawang Merah                   1 biji (sedang)
Bawang Putih                     5 ulas
Daun Ketumbar                  1 ikat kecil
Telur Ayam                        1 biji
Bawang Holand                 1 biji (potong dadu kasar)       
Garam                                 secukup rasa
Minyak Untuk Menumis    secukupnya


Basuh ketam dan ketuk sedikit supaya rempah kari nanti mudah meresap kedalam isi ketam. Hiris bawang besar dan putih kemudian tumis hinga naik bau. Bila bawang dah naik bau masukan rempah kari dan kacau supaya tidak hangit, masak beberapa saat. Lupa nak cakap, masakan ni genggunakan minyak yang agak banyak sebab masakan ini tidak berkuah dan minyak tu jugalah nanti untuk menggaringkan rempah kari dan telur kita nanti, so masa korang dah bubuh rempah kari, kalau kurang minyak, korang boleh tambah minyak supaya rempah dimasak sempurna.





Ok, lepas rempah kari korang dah masak sempurna, korang masukan telur dan kacau cepat-cepat sebab kita tak nak telur tu jadi telur mata dalam rempah kari kita tadi. Lepas telur dah cantik masak, masukan ketam dan gaul rata, biarkan sekejap dengan api sederhana. Masa ni sure korang dah tak sabar nak makan, bau dia, aduhh makk.. Akhir sekali masukan daun ketumbar yang di potong kasar dan bawang holand, gaul rata. Siap untuk dihidang.





Sunday, 7 February 2016

Air Soda Herbs

Baru-baru ni kat opis ade buat makan-makan, then one of my friends dia kena buat air, panjat "adik" tengok serai dipotong untuk buat air, secara automatiknya i teringat cerita pendeka dulu-dulu minum air serai. Tapi u oll, punyalah sedap smpai i dok berulang minum. I dah mintak permission untuk i kongsikan resepi dia kat blog, so ape lagi.. let's try guys..




Air Soda Herbs

Air Aiskrim Soda  1 botol besar
Serai                      5 batang
Lemon                   2 biji
Asamboi (masin)   5-8 ketul
Daun Pudina          10-15 helai


Potong lebihan serai di bahagian atas dan titik (ketuk) dipangkalnya dan ketepikan, basuh dan potong lemon nipis2 dan ketepikan. Kalau korang nak buat agak banyak, korang boleh bancuh air gula dan campur dalam air aiskrim soda supaya sedikit manis, so ramai boleh minum.




Ok sekarang sediakan bekas air korang dan masukan air aiskrim soda, serai yang dititik tadi dan lemon, gaul rata. Kemudian masukan asamboi dan daun pudian dan gaul, pada yang suka sejuk, boleh masukan ais batu. Siap. Serius memang segar betul rasanya.



Bahan-bahan pun mudah nak cari, so jom try !!!




Selamat mencuba oll


Aiskrim Coklat

Sorry guy's lama tak update, nahh i bagi new recipe untuk u oll try kat rumah..





Aiskrim Coklat

Susu Cair  1 tin
Susu Pekat 1/4 tin
Milo  2 sb
Ovalette  2sb

Masukan semua adunan kedalam mixer dan pukul hinga naik sekali ganda.
Memang agak lambat, mula-mula i buat pun macam tak yakin dengan resepi ni, tapi lepas dah jadi memang puas hati. Korang boleh campur mini chocolate chip or chocolate rice kat dalam adunan masa last sekali. Boleh diletak dalam bekas aiskrim macam dalam gambar tu atau korang boleh letak dalam satu bekas sahaja. Sejukan semalaman, esoknya korang boleh menikmati sambil pejam-pejam mata..

Musim-musim el nino nie memang kena sejukan badan
                                             






Dikongsi oleh Pn Noor Azlinda Ibrahim.

Friday, 8 January 2016

Creamy Garlic Penne Pasta

Lama tak update blog, last week agak busy mengmakeover dapur, so this week boleh lah kongsi resepi kat korang. This week i akan kongsikan resepi creamy garlic penne pasta untuk korang. Tak susah pun, main campak-campak sure jadi. So let's get started.





Creamy Garlic Penne Pasta

200g Penne Pasta (terpulang korang nk guna pasta jenis ape pun)
2sb Butter
2sb Bawang Putih (korang kena cincang atau potong dadu)
2sb Tepung Gandum
3/4cwn Stok Ayam/Lembu (korang blh guna kiub ayam atau lmbu dan bncuh dgn 3/4 cwn air)
3/4cwn Susu Segar
1sb Parsley Flakes
Garam dan Lada Putih Untuk Rasa
1/3cwn Cheddar Cheese

Rebus pasta hingga lembut, korang boleh tengok direction dibungkusan pasta korang. Setelah lembut toskan pasta dan tuang sedikit minyak dan gaul pasta tadi supaya pasta korang tak melekat.
Cairkan butter dalam sauce pan dan masukan gawang putih yang telah dicincang tadi dan tumis hinga naik bau, kemudian masukan tepung gandum dan gaul rata, kecikan api dan masak selama minit.


Masukan susu segar dan stok ayam/lembu, kacau hingga pekat dan mendidih. Setelah sauce kita pekat masukan parsley, garam, lada putih dan cheese, kacau hinga semua larut dalam souce tadi, kalau adunan agak masih boleh tambah susu segar. Masukan sauce kedalam pasta yang kita dah lembutkan tadi dan gaul, boleh dihidangkan terus. Sedap makan panas-panas. Selamat mencuba.